umi,wan ngan tok kat tepi tasik

umi,wan ngan tok kat tepi tasik

Friday, January 1, 2010

“Wahai Ibrahim Adham, Kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahu kami, apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, “Terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara.....”


1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (Perintah-Nya)
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi kamu menurut hasutannya.
4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w. tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
. Kamu mendakwa mencintai Syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6. Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.
8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
10. Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

Ciri-ciri sahabat yg baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

TIPS MENGELAK DRPD CINTA N COUPLE

sungguhpun topik ini sudah kerap diutarakn, oleh itu aggaplah ia sebagai peringatan yg berterusan agar kita turut sama beristiqamah dan tidak terhanyut bergelumang dengan "couple" ini..
Firman Allah :

“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

EQUATION MUDAH COUPLE:

menghapiri zina=haram
couple=menghampiri zina so couple is haram..!

TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA DAN COUPLE
1)Katakan, “TIDAK” pada CINTA.
2)Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu maksiat dan dosa.
3) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu menjatuhkan maruah.
4) Jangan berbincang tentang CINTA. Tiada faedah.
5) Jangan berkawan dengan orang yang dilamun CINTA, nanti mudah terpengaruh.
6) Bila perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.
7) Jangan membuka ruang diri untuk berCINTA dan diCINTAI.
8) Bila berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri, “ini adalah hasutan syaitan!!”.
9) Bila ada orang melafazkan kata CINTA, katakan, “aku takut pada larangan Allah”.
10) INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk berCINTA tetapi dia melawan persaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambaNya berusaha mentaatiNya.
11) INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan berCINTA kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab kabul.
12) INGATLAH, cinta remaja tidak ada masa depannya. Tidak kesampaian jaminannya. Jika sampai ke jinjang pelamin, ianya menjadi hambar kerana semakin manis hubungan sebelum bernikah, semakin tawar hubungan selepas nikah nanti.
“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”
“andai tiada cinta insani buat diriku,cukuplah Allah sebagai penyuluh dan penyeri hidupmu..semoga kelak,akan hadir cinta seorang insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu padaNya..

”BERPEGANGLAH PADA JANJI ALLAH :Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )

FAEDAH CINTA
1. Hilang tumpuan belajar.
2. Kekecewaan dan kegagalan.
3. Keluh kesah dan tidak tenang.
4. Hilang maruah diri.
5. Kemusnahan diri.
6. Sesat dari jalan yang lurus.
7. Tiada rahmat dan keberkatan.

Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.
Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini.
Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.
Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :Taubat Nasuha adalah taubat yang murni.

Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :
1) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!
2) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.
3) Berazam.
Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami.
Saatnya adalah selepas ijab kabul.

“ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat.
Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa.
Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku.
Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hambaMu ini Ya Allah”Amin ya rabbal ‘alamin..